CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, June 17, 2012

jagalah sementara ada

asalamualaikum

hari ini,ramai orang cakap,masing masing wish kat ayah,seronok tengok,aku,hari ini nak cerita satu kisah,kisah ni bukannya berlaku pada hari bapa pon,cuma,aku nk cerita,moga moga beroleh manfaat bersama

kisahnya begini..

farid,seorang remaja berusia 14 tahun,seperti orang lain,farid mempunyai keluarga,ibu,ayah,adik beradik,semua farid ada.farid begitu rapat dengan ayahnya,namun,takdir menentukan segala galanya,ayah farid sakit.wad,ambulans,dewan pembedahan,semuanya sudah menjadi asam garam dalam kehidupan pak bakar,ayah farid.farid seringkali menemani ayahnya di wad,sehiggakan orang orand d hospital kebanyakannya sudah mengenali fardi,maklumlah,hampir setiap kali pak bakar di wad,farid juga di sana

walaupon begitu,sebagai kanak kanak yang sedang membesar,yang tidak mengerti hakikat hidup dimuka bumi ini,farid acapkali menimbulkan kemarahan pak bakar,mana tidaknya,main bola selalu saja pulang lewat petang,kadang kadang kepulangan farid apabila azan maghrib sudah berkumandang

dua tahun berlalu selepas tamatnya upsr,farid dimarahi pak bakar,kerana mendapat no terakhir dalam kelasnya,dimarahi.pak bakar begitu kecewa dengan farid,anak yang diletakkan harapan,kini mengecewakan.farid sedar,dia kurang berusaha,tekadnya tahun itu,dia mahu berusaha,usaha membuktikan kepada ayahnya pak bakar,dia mahu menebus segala kekecewaan yang dirasai oleh ayahnya.

ujian awal tahun berlalu,farid hanya mendapat no 10 dalam kelasnya,dia gembira,dan cuba berkongsi sedikit kejayaannya bersama keluarga,terutama ayahnya pak bakar.slip peperiksaan dikirimkan melalui kamal,rakan sekampungnya,kerana farid jarang pulang ke kampung

ayah,izinkan farid ke sepang,menonton formula 1,farid meminta kebenaran kepada ayahnya,farid tidak sedar,ayahnya kecewa dengannya,semalam,sebenlum meminta kebenaran,pak bakar ada meminta bantuan farid untuk mengurut badannya yang lenguh,namun,farid tidak mahu tolong,kerana waktu itu sudah dinihari,enak tidur

pak bakar yang susah memberikan kebenaran,hari itu begitu pelik,memberikan kebenaran kepada farid untuk pergi ke sepang menonton f1,farid gembira.namun,gembira farid tidak lama,dua minggu selepas itu

farid dikejutkan dengan berita ayahnya pulang menghadap Ilahi,hari itu juga farid mendapat keputusan peperiksaan,dia berjaya mmendapat no 1,tetapi,apa guna.segala penyesalan mula timbul,merungut ketika saat pak bakar sakit meminta tolong tidak diendahkan,dia belum sempat meminta maaf,masa bukannya boleh dipatah balik.Tuhan sudah menunjukkan tanda tanda pak bakar akan pergi,ketika farid memnta kebenaran untuk ke sepang,tapi farid buta.buta dengan petunjuk Ilahi.sedihnya tiada guna,kesalahannya belum sempat diminta maaf,oh ayah,maafkan farid.

saban tahun,setiap kali formula 1 berlangsung,farid akan terkenangkan ayah,detik akhir farid bersama ayah.

hargailah sementara belum terlambat,bukan caranya share